Rekodly

Polisi Bayaran Balik

Kemas kini terakhir: 16 Oktober 2026

Kami mahu anda yakin sebelum membayar. Sebab itu setiap akaun baru mendapat 14 hari percubaan percuma dengan semua ciri, tanpa kad kredit. Polisi di bawah terpakai selepas anda membuat bayaran.

1. Jaminan 7 hari untuk bayaran pertama pelan Tahunan

Jika anda membuat bayaran pertama untuk pelan Tahunan dan berubah fikiran, anda boleh meminta bayaran balik penuh dalam tempoh 7 hari dari tarikh bayaran. Langganan akan ditamatkan selepas bayaran balik dibuat, dan data anda kekal boleh dieksport.

2. Pelan Bulanan

Bayaran pelan Bulanan tidak dikembalikan bagi bulan yang sedang berjalan. Anda boleh berhenti bila-bila masa dengan tidak menyambung langganan, dan akses penuh kekal sehingga akhir tempoh yang telah dibayar.

3. Pembaharuan

Bayaran pembaharuan (tahun atau bulan seterusnya) tidak dikembalikan, kecuali jika bayaran dibuat secara tidak sengaja dan permintaan dibuat dalam tempoh 7 hari tanpa penggunaan bagi tempoh baru tersebut.

4. Bayaran berganda atau tersilap

Jika anda tercaj lebih daripada sekali, atau jumlah yang dicaj salah disebabkan ralat sistem, jumlah berlebihan akan dikembalikan sepenuhnya.

5. Kad aktivasi (TikTok Shop dan saluran lain)

Sebelum kod diaktifkan, pemulangan tertakluk kepada polisi pemulangan platform tempat pembelian dibuat. Selepas kod diaktifkan dalam akaun, ia tidak boleh dikembalikan.

6. Cara memohon

Emel rekodly@gmail.com atau WhatsApp 013-290 0067 dengan emel akaun Rekodly anda, tarikh bayaran dan nombor rujukan bayaran (jika ada).

7. Tempoh dan kaedah bayaran balik

Permohonan yang diluluskan akan diproses dalam tempoh 7 hingga 14 hari bekerja, ke akaun bank atau kaedah bayaran asal anda. Kami menanggung sebarang caj pemprosesan bayaran balik.

Rekodly dikendalikan oleh Paramount Cuisine Sdn. Bhd. (No. Pendaftaran: 201801018241)
No. 19, Jalan Kajang Perdana 2/3, Taman Kajang Perdana, 43000 Kajang, Selangor
Emel: rekodly@gmail.com · WhatsApp: 013-290 0067

Terma Penggunaan · Dasar Privasi · Polisi Bayaran Balik · Kembali ke Rekodly