Rekodly

Terma Penggunaan

Kemas kini terakhir: 13 Oktober 2026

Terma ini mengawal penggunaan Rekodly ("Perkhidmatan"), aplikasi rekod akaun bisnes yang disediakan oleh pemilik Rekodly ("kami"). Dengan mendaftar atau menggunakan Rekodly, anda bersetuju dengan terma ini.

1. Perkhidmatan

Rekodly membantu anda merekod transaksi, menyediakan sebut harga, invois, nota penghantaran dan resit, serta menjana laporan seperti Untung Rugi, Balance Sheet dan ringkasan ruangan Borang B.

2. Bukan nasihat profesional

Rekodly ialah alat rekod. Ia bukan nasihat perakaunan, cukai atau undang-undang. Angka laporan bergantung sepenuhnya pada data yang anda masukkan. Ringkasan Borang B ialah panduan untuk maklumat akaun perniagaan sahaja; pengiraan pendapatan bercukai dan pengisian borang adalah tanggungjawab anda. Sdn Bhd dan perniagaan yang diwajibkan audit hendaklah mendapatkan khidmat akauntan, juruaudit atau ejen cukai berdaftar.

3. Akaun anda

4. Data anda

Data bisnes yang anda masukkan adalah milik anda. Anda boleh memuat turun backup dan mengeksport rekod pada bila-bila masa melalui Tetapan. Cara kami mengendalikan data diterangkan dalam Dasar Privasi.

5. Penggunaan yang dilarang

6. Langganan dan bayaran

Sebahagian ciri mungkin memerlukan langganan berbayar. Harga, tempoh percubaan percuma dan polisi bayaran balik akan dinyatakan dengan jelas sebelum anda membuat bayaran.

7. Ketersediaan perkhidmatan

Kami berusaha memastikan Rekodly sentiasa tersedia dan data disandarkan, tetapi kami tidak menjamin perkhidmatan bebas gangguan atau ralat. Kami mencadangkan anda memuat turun backup secara berkala.

8. Had tanggungan

Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian tidak langsung, kehilangan keuntungan, penalti atau denda yang timbul daripada penggunaan Rekodly atau keputusan yang dibuat berdasarkan laporannya.

9. Penamatan

Anda boleh berhenti menggunakan Rekodly pada bila-bila masa. Kami boleh menggantung akaun yang melanggar terma ini. Sebelum akaun ditamatkan, kami akan memberi peluang yang munasabah untuk anda mengeksport data, kecuali jika dilarang oleh undang-undang.

10. Perubahan terma

Kami mungkin mengemas kini terma ini. Perubahan penting akan dimaklumkan melalui aplikasi atau emel.

11. Undang-undang

Terma ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia.

Hubungi kami: rekodly@gmail.com

Terma Penggunaan · Dasar Privasi · Kembali ke Rekodly